Jasa Pakatan sepanjang mentadbir Perak agak besar juga walaupun hanya dalam tempoh 11 bulan. Antaranya, memberi geran kekal atau 999 tahun kepada penduduk Cina di kampung-kampung baru; Agihan kawasan hutan balak kepada kroni; Melantik dan merombak ketua-ketua kampung dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan; Mengembalikan status masjid dan surau sebagai 'markas tazkirah' dan tempat 'berkhutbah'; Membina khemah di atas jalan raya di hadapan pejabat operasi parti di Medan Ipoh Raya, Ipoh; Menikmati keempuhan kereta Toyota Camry kepada semua Exco. Syabas!
Tapi, semua orang tahu penduduk kampung-kampung baru terdiri daripada orang-orang cina yang bukan ahli PAS. Semua orang tahu kampung baru adalah penempatan semula orang-orang cina untuk mengekang pengaruh dan gerakan bersenjata parti komunis Malaya ketika itu oleh suruhanjaya Briggs. Itu sejarahnya. Itu baru 11 bulan, bayangkan kalau 5 tahun. Penyokong-penyokong PAS sangka mereka yang 'memerintah.'
Inilah kelebihan DAP yang lebih profesional dalam memerintah PAS. Setakat ini penyokong-penyokong PAS tak sempat memperolehi peluang dari DAP, barang mungkin hanyalah jawatan ketua kampung dan JKKK sahaja. PAS sepatutnya membela ahli & penyokongnya yang masih lemah, miskin dan menghadapi kesukaran hidup. Takdir penentu segalanya. Allah menyelamatkan penyokong PAS daripada terus membiarkan PAS diperintah oleh rakan karib yang tidak pernah menyokong prinsipnya selama ini.
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment